Ahad, 18 April 2010

Apa jua perbuatan yang akan,sedang ataupun telah kita lakukan semuanya mempunyai pelajaran. Pelajaran dapat memberi kesan negatif dan positif pada kita. Pelajaran perlu di kaji dan di analisa untuk kesesuaian penggunaannya. Apa sahaja yang berlaku kita ambil iktibar dan belajar daripada kesilapan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Perbaikilah segala kelemahan.
Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don't want him to fail in my company, so he must fail in other people's first!
Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya. Jika diberi peluang ke dua kepada seseorang yang pernah gagal, kesetiaan, tenaga dan rasa tanggungjawab terhadap kerja baru beliau lebih meyakinkan. Orang yang pernah gagal telah tahu kelemahan dirinya. Jadi dia akan bersedia untuk mencipta inovasi baru.


Strategi Perniagaan

Apabila soal bisnes dibincangkan sudah semestinya kita mementingkan keuntungan. Keuntungan bukanlah sesuatu yang mudah diperolehi. Oleh sebab itu, kita memerlukan idola yang tepat untuk dijadikan top model dalam semua hal yang mahu kita kerjakan. Adanya idola membolehkan kita mendapat nasihat-nasihat dan tunjuk ajar yang positif berkaitan selok belok perniagaan daripadanya. Idola juga boleh dijadikan pencetus semangat dalam apa jua keadaan dan rintangan yang melanda. Dalam menjalankan bisnes, kita seharusnya bijak memilih idola. Idola yang memacu keuntunganlah yang patut dicari.

Bisnes bukanlah sesuatu yang mudah dikerjakan. Tidak semua strategi yang di rancang menjadi. Walaupun berusaha keras kalau tak memiliki ilmu niaga yang betul kita akan buntu jalan juga. Bak kata pepatah menuntut ilmu biarlah berguru. Dalam bisnes kita memang perlukan seorang yang boleh membangkitkan semangat kita. Seorang mentor yang memang seorang usahawan yang berjaya mencipta rekod. Dan apabila kita mengadu padanya 'aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia akan bertanya kita 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. Dijawab 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'. kan anda boleh terfikir peluang tu masih ada!